Friday, October 9, 2009

Mengkompos



Salah-satu elemen yang penting di dalam sesebuah taman/kebun ialah baja. Baja boleh didapati terus dari kedai di dalam pelbagai bentuk. Saya juga ada menggunakan baja yang dibeli, tetapi sekarang ini masih di dalam proses membuat baja sendiri dengan mengkompos sampah-sampah dapur (yang juga dikenali sebagai wet waste). Di dalam penyelidikan saya, mendapati bahawa 70% daripada sampah yang dihasilkan oleh rakyat Malaysia adalah terdiri daripada sampah basah (dapur) yang tidak boleh dikitarsemula. Peratusan ini juga benar untuk negara-negara dunia ketiga lainnya. 70% inilah yang akhirnya dibuang di tapak pelupusan sampah. Maka, untuk mengurangkan pembuangan sampah ke tapak pelupusan, sampah perlu dialihkan ke kawasan-kawasan lain dengan menggunakan hirarki pengurusan sampah (Waste Hierarchy: Reduce, Reuse, Recycle, Compost, Landfill). Matlamat kerajaan Malaysia (menerusi Masterplan of Waste Management) ialah untuk menutup 100% tapak pelupusan sampah menjelang 2020.

Saya begitu teruja dengan aktiviti mengkompos. Saya telah memulakan aktiviti ini sejak dTaman69 terbina. Sampah-sampah dapur seperti kulit bawang, lebihan sayur, lebihan masakan (yang tidak berminyak, berkari atau tulang tidak dibenarkan langsung memasuki proses mengkompos) juga rumput-rampai yang dicabut dari Taman69 dimasukkan ke dalam satu pasu panjang, ditutup dan sentiasa disiram untuk memastikan peratusan kelembapannya bersesuaian. Menerusi sebuah buku, saya mendapati bahawa untuk menjayakan aktiviti mengkompos, unsur Nitrogen, Karbon, Air dan Udara perlulah seimbang.

Nanti sambung lagi pelajaran mengkompos ini....mahu sambung berkebun!

2 comments:

  1. Huwaa! Hobi baru ya? Saya membela 2 ekor arnab. Tinjanya memang terus sahaja saya jadikan baja di pokok-pokok yang tumbuh di luar pasu. Arnab-arnab saya ni saya bagi makan "special menu". Bukan sekadar pellet biasa, tapi berselang-seli hari dengan kangkung, salad campuran (Romaine lettuce, lollo rosa, red corals, curly endive), daun parsley, siew pak choy, kubis, dan lobak merah seminggu sekali. Agaknya kalau saya nak jual tinja arnab sebagai baja, boleh tarik harga kot? :-p

    ReplyDelete
  2. hehehe...itu antara baja yang memang sesuai untuk dicampur dengan baja kompos tanaman

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails