Monday, August 23, 2010

Agenda baru dTaman69

Lama benar tidak mengemaskini blog dTaman69. Berbeza dengan dTaman69 yang sebenar. Ia sedikit sebanyak telah digembur semula. Ditanam dengan tanaman-tanaman baru yang segar.

dTaman69 mempunyai agenda baru:
  1. Mempromosi tanaman bunga.
  2. Mempromosi tanaman sayuran
  3. Mempromosi tanaman ulaman
Bersesuaian dengan ini, dTaman69 akan memulakan pengembaraan baru dalam mempromosi makanan sihat - iaitu budaya memasak di rumah dengan menggunakan tanaman yang ditanam sendiri di rumah.

Manakala untuk program promosi tanaman bunga, dTaman69 ingin mempromosi tanaman bunga sebagai satu kaedah senaman minda yang sihat di samping sebagai satu kaedah sedekah kepada makhluk-makhluk lain seperti lebah dan sebagainya sebagai pelengkap kepada sistem ekologi sesebuah kawasan.
Related Posts with Thumbnails