tag:blogger.com,1999:blog-60762731503273843922024-03-20T04:57:42.877-07:00dTaman69Saya setkan laman baru ini dengan tujuan untuk mendokumentasikan segala aktiviti perkebunan saya di laman peribadi rumah saya. Ia bukan sahaja berkaitan dengan penanaman pokok, sebaliknya melibatkan pelbagai aktiviti sampingan seperti pengurusan sampah (composting, recycling, etc.), elemen-elemen rekabentuk (sendiri punya), kitchen gardening, english gardening, pembacaan yang berkaitan (dihubungkan dengan blog kembara pencinta buku), dan pelbagai lagi acara menarik!Khairusy Syakirin Has-Yunhttp://www.blogger.com/profile/06474701083986103142noreply@blogger.comBlogger39125tag:blogger.com,1999:blog-6076273150327384392.post-68544756569389908702012-08-06T03:16:00.001-07:002012-08-06T03:21:39.833-07:00Tambah sumber makanan

Kita selalu dimomokkan dengan berita bahawa dunia akan kekurangan sumber makanan. Tetapi adakah kita mengambil tindakan untuk mengatasinya? Kita perlu menambah sumber makanan. Saya sendiri yang merupakan pengguna cili yang banyak mulai terasa tekanan apabila perlu membelinya dengan banyak. Maka saya perlu menanamnya. Dan itu yang sedang saya lakukan di taman69 sekarang.

Khairusy Syakirin Has-Yunhttp://www.blogger.com/profile/06474701083986103142noreply@blogger.com2tag:blogger.com,1999:blog-6076273150327384392.post-26640236876886441592010-08-23T11:49:00.000-07:002010-08-22T20:59:28.943-07:00Agenda baru dTaman69Lama benar tidak mengemaskini blog dTaman69. Berbeza dengan dTaman69 yang sebenar. Ia sedikit sebanyak telah digembur semula. Ditanam dengan tanaman-tanaman baru yang segar.

dTaman69 mempunyai agenda baru:

Mempromosi tanaman bunga.

Mempromosi tanaman sayuran

Mempromosi tanaman ulaman

Bersesuaian dengan ini, dTaman69 akan memulakan pengembaraan baru dalam mempromosi makanan sihat - iaitu budaya memasak di rumah dengan menggunakan tanaman yang ditanam sendiri di rumah.

Manakala untuk program promosi tanaman bunga, dTaman69 ingin mempromosi tanaman bunga sebagai satu kaedah senaman minda yang sihat di samping sebagai satu kaedah sedekah kepada makhluk-makhluk lain seperti lebah dan sebagainya sebagai pelengkap kepada sistem ekologi sesebuah kawasan.Khairusy Syakirin Has-Yunhttp://www.blogger.com/profile/06474701083986103142noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6076273150327384392.post-30482948656924605472010-03-21T04:13:00.000-07:002010-03-21T04:21:43.070-07:00Pokok geti
Terasa rugi pula apabila pulang ke kampung minggu lepas tidak sempat untuk merakam gambar pokok-pokok geti yang ditanam ibu di sebelah rumah. Pokok geti ada dua jenis, berdasarkan kepada warna bunganya: satu berwarna merah dan satu lagi berwarna putih.

Kalau di utara (terutamanya kampung saya di Perlis), bunga geti dimasak kerabu. Manakala daun geti boleh dimasak lemak.

Kalau di Johor, pokok geti dikenali sebagai pokok turi. Tetapi menurut isteri saya, hanya daunnya digunakan untuk memasak lemak. Bunga tidak dibuat kerabu dan tidak dimakan.

Apa-apa pun, anak kecil pokok geti di Taman69 sedang membesar. Tidak sabar rasanya untuk menunggu bunga dan daunnya untuk dimasak dan dihidangkan di Dapur69 kelak!

nota: boleh baca lanjut di http://herbasihat.blogspot.com/2007/10/pokok-geti-turi.htmlKhairusy Syakirin Has-Yunhttp://www.blogger.com/profile/06474701083986103142noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6076273150327384392.post-51132289197397697982010-03-20T08:23:00.001-07:002010-03-20T08:48:11.164-07:00Keadaan terkini dTaman69Sejak sebulan dua ini cuaca agak panas. Menyebabkan dTaman69 turut terjejas sedikit dengan tidak ada penghasilan sayuran sawi untuk dimasak di Dapur69. Benih sawi yang ditabur juga mati, biarpun pada awalnya tumbuh merucup setelah dua hari disemai. Tanah merekah, walaupun disiram setiap hari. Tanah yang dulunya hitam berbaja, kini ia kering dan menjadi keras berwarna kemerahan. Walaupun saya mempunyai baja kompos buatan sendiri, saya tidak mahu menggunakan baja itu di Taman69 pada waktu ini. Ingin mahu menambah bekalan sehingga ia mencukupi untuk menampung keperluan dTaman69 kelak.

Mungkin inilah adat dunia. Dan mungkin juga inilah yang dikatakan kesan pemanasan global.

Namun, sedikit cahaya pada kesuburan dTaman69. Beberapa jenis tumbuhan baru ditanam, yang kebanyakkannya dibawa dari kampung Perlis dan juga dari Batu Pahat Johor. Misalnya pokok geti yang biji benihnya dibawa ibu sebulan yang lepas.

Juga pokok paya pantai dan hempedu bumi yang disemai ibu di perlis dan ditanam semula di tanah dTaman69.

Ulam raja pun sudah mula tumbuh rancak. Dengan harapan dapat membekalkan ulaman kepada kami, terutamanya isteri yang memang amat suka pada ulam-ulaman. Pokok ulam ginseng pula yang pada awalnya tumbuh subur di satu kawasan 'segitiga ulam-ulaman', mula kehilangan daun, tetapi apabila disemai semula dari batangnya ke kawasan baru, ia mula menampakkan kehidupan baru, dan mungkin dapat meneruskan semula legasinya sebagai pokok ulam yang unik di Taman69.Khairusy Syakirin Has-Yunhttp://www.blogger.com/profile/06474701083986103142noreply@blogger.com2tag:blogger.com,1999:blog-6076273150327384392.post-33575545730405358802010-01-22T18:47:00.000-08:002010-01-22T18:52:00.686-08:002010 dan cahaya baru2010. Sudah hampir sebulan 2010 menjelma. Aktiviti perkebunan saya sudah memasuki fasa baru. Bukan sekadar menyelenggara dTaman69, malah ingin berkongsi cerita, pengalaman dan sedikit ilmu dengan orang-orang kampung di 7 buah kampung sekitar Jalan Gombak. Hasil-usaha Prof. Siti Zainon yang menjemput saya untuk bersama-sama Muafakat Kampung Bandar Dalam akan membawa satu perspektif baru dalam kehidupan tani saya. Apa yang dipelajari dari pengajian PhD saya mengenai pengurusan sampah turut akan diaplikasikan di kampung-kampung itu. Green Team dan Green Tech turut membantu. Aktiviti 7hb Februari sempena Hari Wilayah akan menjadi batu tanda kerjasama yang lebih rapat antara Muafakat dengan UIA, Insya Allah. Akan dimaklumkan kemudian.Khairusy Syakirin Has-Yunhttp://www.blogger.com/profile/06474701083986103142noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6076273150327384392.post-82299748535494249412009-12-14T07:15:00.000-08:002009-12-14T07:34:35.591-08:00Ketumbar dari dTaman69
Akhirnya satu lagi hasil tanaman dituai dari dTaman69. Kali ini giliran ketumbar (coriander). Bijinya dituai untuk dijadikan herba. Sepohon ketumbar dapat menghasilkan lebih daripada 10 biji ketumbar. Walaupun mungkin tak berbaloi untuk jualan, kerana hanya dengan 50 sen kita sudah dapat sepeket biji ketumbar, namun hasil daripada tanaman sendiri puasnya lain. Puas kerana dapat melihat hasil ini dibotolkan untuk menanti giliran dimasak dDapur69 nanti. Kata isteri ia adalah ramuan utama kepada hampir kebanyakkan masakan yang menggunakan rempah-ratus. Terutamanya makanan kegemaran masakan isteri saya - ungkep. Tak sabar untuk cukup biji ketumbar ini untuk digunakan nanti.Khairusy Syakirin Has-Yunhttp://www.blogger.com/profile/06474701083986103142noreply@blogger.com2tag:blogger.com,1999:blog-6076273150327384392.post-89738630578592766112009-12-13T11:02:00.000-08:002009-12-12T19:07:05.051-08:00Seminggu tidak berhujanHampir seminggu di JB. Rupa-rupanya hampir seminggu juga hujan tidak turun dTaman69, Gombak. Kata jiran-jiran, hanya angin bertiup kencang dan dingin menyapa sepi dTaman69. Akibatnya, banyak pokok di taman69 kering, dan ada di antaranya mati. Sawi pun ada yang sudah layu. Anak-anak benihnya pula tidak tumbuh-tumbuh lagi, agaknya kerana tanahnya kering. Ketumbar pula galak berbuah, dan kering akhirnya mati. Syukur, rumput karpet tidak pula terjejas. Maka, sepanjang pagi ini, setelah mengenakan pakaian kebun, terus saya bersihkan apa-apa yang patut, sambil-sambil membaja kawasan 'segitiga subur' dengan baja kompos buatan sendiri....Khairusy Syakirin Has-Yunhttp://www.blogger.com/profile/06474701083986103142noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6076273150327384392.post-21581497419782704482009-12-06T02:59:00.000-08:002009-12-06T03:07:33.827-08:00Dah tak perlu membeli...

Akhirnya, saya sekeluarga sudah tidak perlu membeli sayur sawi di pasar. Sudah cukup memetiknya dari dTaman69. Lebih segar dan sudah tentu lebih sihat kerana tidak disembur racun. Bajanya pun dari dapur69, baja kompos hasil sisa makanan. Sawi, yang ditabur benihnya memerlukan jangkamasa satu bulan sebelum ia dapat dituai. Tetapi apabila ia matang, memang berbaloi menunggu sebulan untuk makan. Kini apa yang perlu saya lakukan ialah sentiasa memindahkan anak-anak sawi dari batas semaiannya ke 'segitiga emas dTaman69' untuk melihatnya membesar. Dan sudah tentu bekalan sawi saya tidak kehabisan lagi!Khairusy Syakirin Has-Yunhttp://www.blogger.com/profile/06474701083986103142noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6076273150327384392.post-74586218158552924552009-12-04T03:08:00.000-08:002009-12-04T03:13:27.809-08:00Menjadi tanah akhirnya
Akhirnya usaha saya untuk mengkompos sampah dapur berjaya! Berjaya menjadi tanah baja yang boleh digunakan semula untuk tanaman dTaman69.

Caranya amat mudah. Asingkan daripada sisa makanan yang pedas dan berkuah, serta tulang-tulang. Yang tinggal hanyalah sisa makanan yang berunsurkan sayuran/kulit buahan/kulit bawang; juga ditambah dengan sisa taman seperti rumput, diletakkan di dalam satu bekas yang bertutup. Tetapi harus sentiasa dibasahkan - sehingga 50% daripada kandungannya adalah kelembapan. Biarkan beberapa minggu...dan hasilnya.....BAJA KOMPOS buatan sendiri!!Khairusy Syakirin Has-Yunhttp://www.blogger.com/profile/06474701083986103142noreply@blogger.com2tag:blogger.com,1999:blog-6076273150327384392.post-87639196739772304822009-11-23T15:20:00.000-08:002009-11-22T23:29:14.392-08:00Projek Taman DapurSemalam memenuhi jemputan Prof. Dr. Siti Zainon untuk duduk berbincang dengan AJK madrasah tarbiyah, jalan gombak, untuk memperkasakan kampung-kampung sekitarnya yang bergabung bahu untuk melihat kampung mereka dimakmurkan lagi, lantas untuk memantapkan masyarakat kampung di dalam bandar.

Ia merupakan satu usaha Prof Siti yang amat murni. Selain daripada mempertahankan kampung-kampung tradisi di kotaraya Kuala Lumpur, serampang dua mata juga dilakukan untuk melihat anak bangsa terus kukuh imannya dan menjadi seorang insan yang beriman.

Saya terpanggil juga untuk membantu apa yang patut di dalam usaha pemerkasaan ini. Projek Taman Dapur dipilih. Insya Allah, tanah-tanah kosong telah dikenalpasti oleh pak imam dan anak-anak buahnya untuk satu projek bersepadu dijalankan. Konsep Community Garden dicadangkan. Tanaman kampung akan dipilih untuk dijadikan tanaman konsep kampung-kampung tersebut. Juga projek Decentralized Composting Community (seperti yang telah dijalankan di Dhaka) akan juga dijadikan projek perintis di kampung-kampung ini. Konsep lestari akan diperkasakan, dan segala teori yang telah saya kutip sepanjang pembacaan untuk PhD saya akan mula diaplikasikan di sini.

Insya Allah, sekiranya semua perancangan ini dilaksanakan, kampung-kampung tersebut akan tidak lagi 'dilabelkan sebagai kampung setinggan', yang sememangnya tidak boleh dikatakan setinggan. Kerana penubuhan kampung-kampung itu sama tuanya dengan pembukaan Kuala Lumpur! Pemerkasaan ini tentunya memerlukan satu usaha bersepadu yang akan saya libatkan pelajar dan sahabat-sahabat saya nanti. Ayuh!Khairusy Syakirin Has-Yunhttp://www.blogger.com/profile/06474701083986103142noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6076273150327384392.post-80520922168313233582009-11-15T01:55:00.000-08:002009-11-15T21:21:47.766-08:00Bunga bawang
Bawang adalah antara tanaman yang paling mudah untuk ditanam. Hanya memerlukan bawang yang cuma perlu dipotong bahagian bawahnya, dan terus dicucuk ke tanah. Tunggu beberapa minggu, akhirnya daun bawang yang cukup tinggi untuk dikerat bagi kegunaan masakan. Beberapa minggu lagi, bawang akan menghasilkan bawang lain untuk dituai. Walaupun saya sudah banyak menanam bawang untuk kegunaan Dapur69, selalunya bawang-bawang itu tidak sempat untuk sempurna membesar. Terus sahaja dicabut apabila didapati daunnya telah kekuningan. Kali ini, bawang yang ditanam berbunga. Cantik sekali, apatah lagi putihnya dihujung daun hijaunya. Kata kawan, biarkan untuk beberapa ketika lagi sehingga bunga bertukar menjadi biji, dan itulah biji benih yang boleh disemai sebagai bawang. Kali ini saya akan belajar untuk lebih bersabar ketika berkebun!Khairusy Syakirin Has-Yunhttp://www.blogger.com/profile/06474701083986103142noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6076273150327384392.post-39008271372969329482009-11-14T19:11:00.000-08:002009-11-14T19:16:43.460-08:00Keluarga besar @ dTaman69
Walaupun hujan sepanjang hari, namun acara dChe'gues Licence to Grill berjaya diadakan malam tadi. Asalnya ia akan menjadi acara Jamuan Makan Malam di Taman, namun hujan yang turun tak berhenti memaksa kami menukar sedikit acaranya. Makan di dalam Rumah69, dan digolekkan seekor kambing di bawah naungan khemah biru di atas rumput dTaman69. Akhirnya, lewat malam hujan berhenti. Dan khemah biru pun dialihkan, bolehlah saki-baki dChe'gues 'melepak' sambil makan sisa-sisa kambing di bawah langit berbumbungkan bintang-bintang. Angin pula sepoi-sepoi bahasa menyapa kami dengan tenangnya. Keluarga besar dChe'gues akhirnya disatukan dTaman69. Insya Allah, tahun depan acara ini akan berlangsung di taman-taman lain pula kepunyaaan ahli-ahli dChe'gues!

nota: gambar ehsan dari canon bro handzKhairusy Syakirin Has-Yunhttp://www.blogger.com/profile/06474701083986103142noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6076273150327384392.post-24049607058101550522009-11-09T02:28:00.000-08:002009-11-09T02:38:18.855-08:00Berita TerkiniAgak lama tak update blog ini. Taman69 pun basah setiap hari. Hujan. Ada antara pokok bunga yang dah mati. Perlu diganti. Sawi dah beberapa kali dipetik makan. Diganti dengan anak-anak sawi pada tapak semaian. Basil pun dah tinggi memecah pinggang anak 6 tahun. Pokok ubi kayu dah banyak daunnya. Dipetik sesekali untuk dibuat ulam. Pokok cili dah banyak mati. Agaknya diserang ulat kat dalam tanah. Bawang dah berbunga. Ada yang telah dicabut. Ketumbar pun dah berbunga. Tinggi melampai. Ruang baru dTaman69 pun dah mula bertambah. Ruang baru ditanam pelbagai sayuran dan pokok dapur. Pastinya banyak kerja perlu diselesaikan.Khairusy Syakirin Has-Yunhttp://www.blogger.com/profile/06474701083986103142noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6076273150327384392.post-74610510102310476222009-10-24T04:11:00.000-07:002009-10-24T04:19:37.465-07:00Untukmu dDapur69
Menuai hasil tanaman untuk Dapur69...apalagi untuk masak malam! Sayur sawi, daun bawang dan sedikit cili dari dTaman69. Tentunya segar dari taman dapur....Khairusy Syakirin Has-Yunhttp://www.blogger.com/profile/06474701083986103142noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6076273150327384392.post-34103135935913990132009-10-23T16:00:00.000-07:002009-10-23T16:09:08.627-07:00Dia kembali mekarBluewigs (atau Torenia fournieri) ini asalnya telah saya cabut kerana sudah ajalnya begitu. Ia cantik dan menawan, apatah lagi apabila mekarnya banyak di taman. Namun hayatnya tidak panjang. Setelah hampir 2 bulan berlalu, baru-baru ini saya terlihat semula bunganya mekar kembali dTaman69. Kali ini ia kecil dan comel di celah-celah pepohon lain. Rupa-rupanya, sebelum si ibu dicabut mati, ia sempat 'melahirkan' anak-anaknya yang comel. Kini ia kembali menawan. Dan saya mengharapkan kehadiran semula anak-anaknya itu akan menyerikan semula dTaman69!Khairusy Syakirin Has-Yunhttp://www.blogger.com/profile/06474701083986103142noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6076273150327384392.post-12315816887581072292009-10-21T19:36:00.000-07:002009-10-21T04:37:08.456-07:00Tanaman untuk dapur69

Foto-foto ini diambil selepas hujan lebat di Taman69. Alhamdulillah, kehijauan setiap satu daripada tanaman ini akan masak ranum untuk dipetik tidak berapa lagi.....Yang paling penting, ia tidak pernah disiram dengan racun. Malah boleh dipetik begitu sahaja untuk disuap terus ke dalam perut ! tapi tentunya  bukan cili itu!  Khairusy Syakirin Has-Yunhttp://www.blogger.com/profile/06474701083986103142noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6076273150327384392.post-56963922675048041282009-10-21T11:01:00.000-07:002009-10-20T20:07:45.390-07:00Herba dari dTaman69
Agaknya kunyit boleh diklasifikasikan sebagai herba....maka saya telah menghasilkan herba sendiri dengan mencungkil kunyit yang ditanam (yang telah togel daunnya akibat selalu digunakan untuk membakar ikan siakap), mengisar, menjemur dan menyaring...akhirnya terhasillah kunyit dTaman69!

Daun lavender juga boleh menghasilkan herba. Lebih mudah, petik, jemur dan kisar. Maka terhasillah herba Lavender dTaman69. Saya belum mencuba menggunakan herba ini, namun apa yang pasti ia amat sesuai untuk diperam bersama daging (atau ayam) untuk BBQ. Lepas ini perlu mencari perkakasan BBQ pula. Untuk berBBQ di Taman69 dengan adunan herba sendiri!

Yang belum diproses dedaun Rosemary. Sayang pula untuk petik apabila melihat tumbuhan itu makin rendang. Juga, daun Basil (atau kita kenal ia sebagai selasih) tumbuh tinggi dan subur. Pernah memetiknya untuk dijadikan salad. Belum dikisar untuk dijadikan herba.Khairusy Syakirin Has-Yunhttp://www.blogger.com/profile/06474701083986103142noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6076273150327384392.post-58095147296231053042009-10-16T03:31:00.000-07:002009-10-16T03:37:43.557-07:00Penyelenggaraan dTaman69
Seminggu dua ini saya sibuk menyelenggara dTaman69. Dengan keadaan pokok-pokok bunga yang mulai kehilangan seri bunga-bunganya, pohon-pohon cili yang semakin kecut, herba yang semakin mengering, kunyit yang semakin hilang daunnya (dikerat untuk dimasak), maka memang masa yang sesuai untuk saya menyelenggaranya dengan kekuatan maksimum. Pokok-pokok bunga saya kerat dengan harapan akan tumbuh pucuk baru, manakala bunga-bunga yang sudah kering dipetik dan diuraikan biji-biji benihnya untuk disimpan dan ditanam semula. Manakala daun-dauh herba dipetik dan dikeringkan untuk dijadikan herba dan disimpan pada rak kemudiannya. Sementara itu seperti yang saya tuliskan sebelum ini, kunyit dikorek dan diproses untuk dijadikan serbuk kunyit.Khairusy Syakirin Has-Yunhttp://www.blogger.com/profile/06474701083986103142noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6076273150327384392.post-76627395953174990192009-10-15T22:38:00.000-07:002009-10-14T22:39:43.281-07:00Hugh Fearnley-Whittingstall makes it simple at River Cottage - Times OnlineHugh Fearnley-Whittingstall makes it simple at River Cottage - Times Online

Shared via AddThisKhairusy Syakirin Has-Yunhttp://www.blogger.com/profile/06474701083986103142noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6076273150327384392.post-59034985078577942252009-10-14T21:54:00.000-07:002009-10-14T21:59:07.694-07:00Kailan
Kailan, yang selalunya digandingkan dengan ikan masin, untuk menjadi sayur kailan ikan masin, telah selamat dituai dari Taman69. Walaupun tidak banyak, namun cukup untuk dijadikan sayur air yang dicampur dengan sawi, juga dari Taman69. Yang menariknya sayur kailan ini, tekstur daunnya agak tebal dan menarik untuk ditenung, sehinggakan sayang pula untuk memasaknya. Selepas ini saya akan sediakan batas khas untuk penanaman kailan pula.....Khairusy Syakirin Has-Yunhttp://www.blogger.com/profile/06474701083986103142noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6076273150327384392.post-31625586048365468702009-10-13T10:26:00.000-07:002009-10-13T10:35:29.499-07:00Generasi kedua
Pokok-pokok bunga dTaman69 yang galak berbunga sebulan dua ini rupa-rupanya sedang berusaha 'melahirkan' generasi seterusnya. Alhamdulillah....sekarang mereka sudah lahir dan sedang membesar. Tentunya pemilik dTaman69 berasa lega, kerana tidak perlu lagi berulang-alik ke Sungai Buluh untuk menambah koleksi. Saya amat menunggu saat 'anak-anak' ini membesar dan meneruskan legasi ibu-bapanya menarik minat fauna mendatangi dan menghisap kemanisan madunya.Khairusy Syakirin Has-Yunhttp://www.blogger.com/profile/06474701083986103142noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6076273150327384392.post-90267583009221141952009-10-12T12:12:00.000-07:002009-10-11T21:29:35.730-07:00Kuning kunyit

Salah-satu tanaman dTaman69 yang paling banyak berjasa kepada Dapur69 ialah kunyit. Daunnya digunakan untuk alas membakar ikan (terutamanya ikan siakap bakar). Daunnya boleh dimakan, sedap apabila kulit ikan terlekat padanya. Manakala ubinya, dikisar, dikering dan boleh digunakan sebagai kunyit yang biasa digunakan untuk mengunyit ikan.Khairusy Syakirin Has-Yunhttp://www.blogger.com/profile/06474701083986103142noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6076273150327384392.post-76725238915580320292009-10-11T08:13:00.000-07:002009-10-11T08:18:26.060-07:00Lagi-lagi bergambar dTaman69Beberapa jemputan bergambar dTaman69. Mengabadikan kenangan di sini....

Khairusy Syakirin Has-Yunhttp://www.blogger.com/profile/06474701083986103142noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6076273150327384392.post-55051410265363126842009-10-11T03:43:00.000-07:002009-10-11T03:55:02.295-07:00Pembantu yang rajin
Inilah pembantu-pembantu yang penting di dalam pengurusan taman69. Kalau tidak ada yang berempat ini, tentu sakit tangan dibuatnya. Apatah lagi untuk mengorek, menggembur, memindah, merumput dan pelbagai lagi tugasan yang telah dilakukan mereka. Namun tips terpenting untuk memilih peralatan ini: belilah peralatan yang kelihatan kuat dan bahannya memang kuat.Khairusy Syakirin Has-Yunhttp://www.blogger.com/profile/06474701083986103142noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6076273150327384392.post-54658768422655739742009-10-09T11:38:00.000-07:002009-10-08T20:56:54.355-07:00Mengkompos

Salah-satu elemen yang penting di dalam sesebuah taman/kebun ialah baja. Baja boleh didapati terus dari kedai di dalam pelbagai bentuk. Saya juga ada menggunakan baja yang dibeli, tetapi sekarang ini masih di dalam proses membuat baja sendiri dengan mengkompos sampah-sampah dapur (yang juga dikenali sebagai wet waste). Di dalam penyelidikan saya, mendapati bahawa 70% daripada sampah yang dihasilkan oleh rakyat Malaysia adalah terdiri daripada sampah basah (dapur) yang tidak boleh dikitarsemula. Peratusan ini juga benar untuk negara-negara dunia ketiga lainnya. 70% inilah yang akhirnya dibuang di tapak pelupusan sampah. Maka, untuk mengurangkan pembuangan sampah ke tapak pelupusan, sampah perlu dialihkan ke kawasan-kawasan lain dengan menggunakan hirarki pengurusan sampah (Waste Hierarchy: Reduce, Reuse, Recycle, Compost, Landfill). Matlamat kerajaan Malaysia (menerusi Masterplan of Waste Management) ialah untuk menutup 100% tapak pelupusan sampah menjelang 2020.

Saya begitu teruja dengan aktiviti mengkompos. Saya telah memulakan aktiviti ini sejak dTaman69 terbina. Sampah-sampah dapur seperti kulit bawang, lebihan sayur, lebihan masakan (yang tidak berminyak, berkari atau tulang tidak dibenarkan langsung memasuki proses mengkompos) juga rumput-rampai yang dicabut dari Taman69 dimasukkan ke dalam satu pasu panjang, ditutup dan sentiasa disiram untuk memastikan peratusan kelembapannya bersesuaian. Menerusi sebuah buku, saya mendapati bahawa untuk menjayakan aktiviti mengkompos, unsur Nitrogen, Karbon, Air dan Udara perlulah seimbang.

Nanti sambung lagi pelajaran mengkompos ini....mahu sambung berkebun!Khairusy Syakirin Has-Yunhttp://www.blogger.com/profile/06474701083986103142noreply@blogger.com2