Monday, December 14, 2009

Ketumbar dari dTaman69


Akhirnya satu lagi hasil tanaman dituai dari dTaman69. Kali ini giliran ketumbar (coriander). Bijinya dituai untuk dijadikan herba. Sepohon ketumbar dapat menghasilkan lebih daripada 10 biji ketumbar. Walaupun mungkin tak berbaloi untuk jualan, kerana hanya dengan 50 sen kita sudah dapat sepeket biji ketumbar, namun hasil daripada tanaman sendiri puasnya lain. Puas kerana dapat melihat hasil ini dibotolkan untuk menanti giliran dimasak dDapur69 nanti. Kata isteri ia adalah ramuan utama kepada hampir kebanyakkan masakan yang menggunakan rempah-ratus. Terutamanya makanan kegemaran masakan isteri saya - ungkep. Tak sabar untuk cukup biji ketumbar ini untuk digunakan nanti.

2 comments:

  1. Tentang baja kompos tu, adakah dia basah dan baunya busuk sikit?

    Yang saya buat tu tak pulak bewarna tanah, tapi berwarna sayur-sayuran!

    ReplyDelete
  2. ia perlu basah. 50% kelembapan. Dan bau semasa proses kompos itu berlaku akan mengeluarkan bau masam-masam manis. Jika ia busuk, maknya ia tidak menjadi. Jika ia masih berwarna sayuran, bererti ia belum dikompos dengan sempurna. Tambahkan air/kelembapan. Dan biarkan ia seminggu dua lagi...Insya Allah akan berhasil.

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails