Kita selalu dimomokkan dengan berita bahawa dunia akan kekurangan sumber makanan. Tetapi adakah kita mengambil tindakan untuk mengatasinya? Kita perlu menambah sumber makanan. Saya sendiri yang merupakan pengguna cili yang banyak mulai terasa tekanan apabila perlu membelinya dengan banyak. Maka saya perlu menanamnya. Dan itu yang sedang saya lakukan di taman69 sekarang.
Monday, August 6, 2012
Monday, August 23, 2010
Agenda baru dTaman69
Lama benar tidak mengemaskini blog dTaman69. Berbeza dengan dTaman69 yang sebenar. Ia sedikit sebanyak telah digembur semula. Ditanam dengan tanaman-tanaman baru yang segar.
dTaman69 mempunyai agenda baru:
Manakala untuk program promosi tanaman bunga, dTaman69 ingin mempromosi tanaman bunga sebagai satu kaedah senaman minda yang sihat di samping sebagai satu kaedah sedekah kepada makhluk-makhluk lain seperti lebah dan sebagainya sebagai pelengkap kepada sistem ekologi sesebuah kawasan.
dTaman69 mempunyai agenda baru:
- Mempromosi tanaman bunga.
- Mempromosi tanaman sayuran
- Mempromosi tanaman ulaman
Manakala untuk program promosi tanaman bunga, dTaman69 ingin mempromosi tanaman bunga sebagai satu kaedah senaman minda yang sihat di samping sebagai satu kaedah sedekah kepada makhluk-makhluk lain seperti lebah dan sebagainya sebagai pelengkap kepada sistem ekologi sesebuah kawasan.
Sunday, March 21, 2010
Pokok geti
Terasa rugi pula apabila pulang ke kampung minggu lepas tidak sempat untuk merakam gambar pokok-pokok geti yang ditanam ibu di sebelah rumah. Pokok geti ada dua jenis, berdasarkan kepada warna bunganya: satu berwarna merah dan satu lagi berwarna putih.
Kalau di utara (terutamanya kampung saya di Perlis), bunga geti dimasak kerabu. Manakala daun geti boleh dimasak lemak.
Kalau di Johor, pokok geti dikenali sebagai pokok turi. Tetapi menurut isteri saya, hanya daunnya digunakan untuk memasak lemak. Bunga tidak dibuat kerabu dan tidak dimakan.
Apa-apa pun, anak kecil pokok geti di Taman69 sedang membesar. Tidak sabar rasanya untuk menunggu bunga dan daunnya untuk dimasak dan dihidangkan di Dapur69 kelak!
nota: boleh baca lanjut di http://herbasihat.blogspot.com/2007/10/pokok-geti-turi.html
Saturday, March 20, 2010
Keadaan terkini dTaman69
Sejak sebulan dua ini cuaca agak panas. Menyebabkan dTaman69 turut terjejas sedikit dengan tidak ada penghasilan sayuran sawi untuk dimasak di Dapur69. Benih sawi yang ditabur juga mati, biarpun pada awalnya tumbuh merucup setelah dua hari disemai. Tanah merekah, walaupun disiram setiap hari. Tanah yang dulunya hitam berbaja, kini ia kering dan menjadi keras berwarna kemerahan. Walaupun saya mempunyai baja kompos buatan sendiri, saya tidak mahu menggunakan baja itu di Taman69 pada waktu ini. Ingin mahu menambah bekalan sehingga ia mencukupi untuk menampung keperluan dTaman69 kelak.
Mungkin inilah adat dunia. Dan mungkin juga inilah yang dikatakan kesan pemanasan global.
Namun, sedikit cahaya pada kesuburan dTaman69. Beberapa jenis tumbuhan baru ditanam, yang kebanyakkannya dibawa dari kampung Perlis dan juga dari Batu Pahat Johor. Misalnya pokok geti yang biji benihnya dibawa ibu sebulan yang lepas.
Juga pokok paya pantai dan hempedu bumi yang disemai ibu di perlis dan ditanam semula di tanah dTaman69.
Ulam raja pun sudah mula tumbuh rancak. Dengan harapan dapat membekalkan ulaman kepada kami, terutamanya isteri yang memang amat suka pada ulam-ulaman. Pokok ulam ginseng pula yang pada awalnya tumbuh subur di satu kawasan 'segitiga ulam-ulaman', mula kehilangan daun, tetapi apabila disemai semula dari batangnya ke kawasan baru, ia mula menampakkan kehidupan baru, dan mungkin dapat meneruskan semula legasinya sebagai pokok ulam yang unik di Taman69.

Friday, January 22, 2010
2010 dan cahaya baru
2010. Sudah hampir sebulan 2010 menjelma. Aktiviti perkebunan saya sudah memasuki fasa baru. Bukan sekadar menyelenggara dTaman69, malah ingin berkongsi cerita, pengalaman dan sedikit ilmu dengan orang-orang kampung di 7 buah kampung sekitar Jalan Gombak. Hasil-usaha Prof. Siti Zainon yang menjemput saya untuk bersama-sama Muafakat Kampung Bandar Dalam akan membawa satu perspektif baru dalam kehidupan tani saya. Apa yang dipelajari dari pengajian PhD saya mengenai pengurusan sampah turut akan diaplikasikan di kampung-kampung itu. Green Team dan Green Tech turut membantu. Aktiviti 7hb Februari sempena Hari Wilayah akan menjadi batu tanda kerjasama yang lebih rapat antara Muafakat dengan UIA, Insya Allah. Akan dimaklumkan kemudian.
Monday, December 14, 2009
Ketumbar dari dTaman69
Akhirnya satu lagi hasil tanaman dituai dari dTaman69. Kali ini giliran ketumbar (coriander). Bijinya dituai untuk dijadikan herba. Sepohon ketumbar dapat menghasilkan lebih daripada 10 biji ketumbar. Walaupun mungkin tak berbaloi untuk jualan, kerana hanya dengan 50 sen kita sudah dapat sepeket biji ketumbar, namun hasil daripada tanaman sendiri puasnya lain. Puas kerana dapat melihat hasil ini dibotolkan untuk menanti giliran dimasak dDapur69 nanti. Kata isteri ia adalah ramuan utama kepada hampir kebanyakkan masakan yang menggunakan rempah-ratus. Terutamanya makanan kegemaran masakan isteri saya - ungkep. Tak sabar untuk cukup biji ketumbar ini untuk digunakan nanti.
Sunday, December 13, 2009
Seminggu tidak berhujan
Hampir seminggu di JB. Rupa-rupanya hampir seminggu juga hujan tidak turun dTaman69, Gombak. Kata jiran-jiran, hanya angin bertiup kencang dan dingin menyapa sepi dTaman69. Akibatnya, banyak pokok di taman69 kering, dan ada di antaranya mati. Sawi pun ada yang sudah layu. Anak-anak benihnya pula tidak tumbuh-tumbuh lagi, agaknya kerana tanahnya kering. Ketumbar pula galak berbuah, dan kering akhirnya mati. Syukur, rumput karpet tidak pula terjejas. Maka, sepanjang pagi ini, setelah mengenakan pakaian kebun, terus saya bersihkan apa-apa yang patut, sambil-sambil membaja kawasan 'segitiga subur' dengan baja kompos buatan sendiri....
Subscribe to:
Posts (Atom)